Thursday, February 3

unfortunate


Hari ni boleh diklasifikasikan sebagai hari yang kurang bernasib baik. Bukan hari yang tak bernasib baik, tuan empunya blog ni yang agak malang, hari ni jela [harap-harap]

Pagi semacam biasa, woke up tak berapa nak awal. Mandi. Makan nasi lemak sebungkus yang banyak gila tapi tak habis sebab telur rebus dia berbau. Basuh pinggan. Clear dapur. Habis semua tu, online. Main game Urban Warfare dekat Facebook. Best wa cakap lu! sekarang pun tengah main sambil-sambil menaip kat sini. Tapi baru main 2 hari, dah Level 12 kot. Hebat en? Muahaha.

Okay okay sambung cerita pasal hari ni.Tengah usha game tu, mak ajak pi kenduri lorong 1,sebelah jela sebab aku duduk kat lorong 2. Pilih baju kurung putih tapi takda tudung sepadan. So pilih la baju kurung pahang yang lama jugak tak pakai. Siap, sambung main game. Then semua ready. Keluar rumah, alamak sandal takdak. Mak dah sound dah "hang ni dah tabiat dah, tadi takmau caqi siap2, elok orang keluaq baru nak kalut". Tiap-tiap kali camni tapi tak penah serik. Terpaksa la pakai wedges raya tahun 2009 hari tu. Naik scooter Ceria, kain sempit. Tension aku camni!


Waktu balik tu, naik duduk sebelah ala-ala macam dalam gambaq ni sebab susah nak duduk, kain sempit -,- Sesampai depan rumah abang suruh turun. Aku pun terjun la konon-konon nak tiru Lara Croft dalam filem aksi tuh. Motor pun jalan ah. OMG, kain tersangkut kat motor. Streeeet, aku jatuh kat situ macam nangka tak berapa nak busuk. Habis terseret kaki aku. Kain berlubang. Tali kasut putus. Haih lawak betul.

At first rasa sengal kat buku lali. Urut sikit letak minyak. Jalan dah macam si capik kat tv1 tu. Ada hati lagi ikut Chaq pi shopping tudung kat Jalan Pegawai. Macam ayam betul kedai tu. Buat promosi tapi bukak kedai sat ja. Takut orang beli banyak la tu. Balik. makan kenduri Chu buat sempena besday kembaq last week, 26 Jan. Petang tadi abah urut sikit kasi baik balik. Berjurai-jurai ayaq mata turun. wahaha

Sampai malam, nak jalan dah tak boleh. berjengket-jengket macam main Teng Teng. Bengkak kat buku lali dah sebesar bola ping pong. Abah call Pak Lang Zain cakap nak bawak aku pi sana. Kalau nak tau, Pak Zain pakar dalam bidang urat saraf dan tulang dan benda sewaktu dengannya. Sesampai rumah dia, tunjuk la tempat yang sakit. Dia suruh lunjur kaki. Krakkk! Dia tarik kaki aku. Allright done. Sendi  dah masuk balik. Aik, macam tu ja? Fuhh, terasa tulang kaki bergerak. Bengkak tak surut lagi, so beli la ubat yang dia jual. Sapu kat kaki. Harap-harap esok dah boleh jalan macam biasa.

Ada hikmah di sebalik setiap kejadian
Ini mungkin balasan sebab behaviour aku beberapa hari ni tak baik sangat. Padan muka aku kan  -,-

No comments: