Wednesday, January 5

ramadhan!

Bulan Ramadhan bulan mulia kan?Agak2 kalau orang nama Ramadhan macam mana pulak ek..? Entri ni bukan pasal bulan Ramadhan, ni pasal kawan yang nama Ramadhan. Dah 5 tahun kot kami hilang jejak, at last facebook jugak jadi tempat bersua kembali. Cewahh ayat takleh belah. Eh2, bukan boyfriend lama tau. GIRLfriend lama I la. Hoho


Actually dah agak lama aku try nak cari dia and bebudak lelain, tapi apakan daya tak pernah nak jumpa. Kalau jumpa pun satsat ja. Lepas tu lost contact balik. Maybe bukan jodoh kami semua nak jumpa balik waktu tu. Lately ni tetiba rasa rindu pulak nak trace balik semua bebudak batch aku kat SRIDA (Sek. Ren. Islam Darulaman) sekolah lama aku dulu2. La ni dah jadi sekolah adik aku, Nabil. Kenangan kat situ sumpah takleh lupa. Dari darjah satu sampai jahanam (darjah enam) Insyallah semua aku ingat la. 


Pagi2 tak berapa buta tadi macam biasa aku online. Dah 2-3 hari jugak la aku start cari. Add sana Add sini. Bila approve, kureng yang approach aku. Alahai sedihnya rasa =( Then aku ternampak nama Khirramadhan Bahari kat section People You May Know. Eh ni bukan People You May Know ni, sepatutnya People That You Know. Haha. Tunggu apa lagi, aku add jela. Ecstatic habeslah sebab dah jumpa orang yang aku selalu bahan duluu. 


Petang tadi aku online lagi. Haih kau ni Ila, tak abeh2 online. Tengok dia dah approve, siap LOIKE lagi kot. Baru nak click kat profile dia, ada mesej masuk. "Hoi!!!pandai ko mncari...mana jmpa profile aq neh?..;)" Ala-ala gitu ler bunyiknye. Reply : message sent. Tut tutt bunyik IM terpacak kat page aku. Hehe.. Ni yang syok ni, nampak macam ada orang excited ja jumpa aku (padahal aku yang excited lebihh) Aku tanya "kenal ka sapa ni?" Dia tanya balik "sapa ekk?" then gelak. Ngeng betoi. Aku wat la muka selamba badak aku. Then dia tanya "Siti kan?" Aku jawab "Nabila" Dia sambung "Huda" Alamakk!sweet betul kan kan? Miahaha melampau betul aku. Ni la effect seronok jumpa kawan lama.

Dia ni dulu aku panggil pinky tau! nak tau sebab apa? sebab duludulu dia pakai spek mata warna pink siap boleh patah2kan lagi auww. Ala-ala elastic gitu. Bila aku cakap pink, dia cakap "merah la!" Aku selalu gila bahan dia. Seronokk. Sorry la Madon, kau jadi mangsa aku dulu. Dah 5 tahun tak cari pasal dgn kau. Rindu pulak. Haha


Jeng Jeng Jengg!! Inilah orangnya...




Yang ni pulak part yang aku terharu plus bangga plus seronok plusplus lah katakan....http://www.emocutez.com

Firstly, hang cakap hang dah tak auwww. Aku tak cakap pun hang auww dulu, hang yang cakap. Haha
Secondly, hang cakap aku koi lawa (makin lawa). Fulamak! sahabat baik dunia akhirat la. Memang masa tu aku wat muka selamba badak lagi tapi hati aku dah kembang sebesaq badak teww. Bangga siot! Sapa tak suka kena puji kan?


Fuh, panjang betoi cita pasal budak ni. Belambak lagi kott, tapi dah tak laqat nak tulih.  Harap-harap dapat la jumpa budak ni masa reunion ka bila-bila masa la. Sekian.

Selamat berjumpa semula, kawan

Eh, btw dia ni single lagi taw. Kalau nak, I boleh tolong COPPkan :p


No comments: