Tuesday, January 11

enjin dah start,bila nak jalan?


Setelah 2 hari berpanas terik berawan mendung berhujan rintik2 segala ber- sudah. Penat Lelah. 

First day terpaksa balik lambat sebab ada kakak senior sorang tu ambik lesen kereta. Kena pulak sesi kedua, start pukul 4 petang sampai 7.28. So, kitorang sampai rumah masing2 masa hari dah malam. Aku sampai dalam pukul 8.15 malam gitu. Sakit badan ohh. Lenguh sana lenguh sini.Maunya tak, seharian duduk atas bangku kayu tengah panas. Dah la aku makan roti je tengah hari tu. Dehydrated. Air pun tak bawak. Yang bestnya, aku boleh join geng makcik makcik yang ambik lesen motor jugak. Waktu latihan, aku ikut je belakang budak SMSainsMJiwa. Dia sesat aku pun sesat, orang belakang aku ikut sesat. Then tiga3 kena dengan cikgu -,-

Sebab kena tunggu dari 5.30 petang sampai 7.30, aku pun bersembang la dengan mamat muka bangga hari tu. Selamat la dia ni ramah. pfft, sembang mengalahkan pompuan. Tak kisah la. Sampai rumah je terus bersiap. Makan bihun 1 pinggan tambah nasi 2 senduk. Banyak gila makan. Tu pun tak rasa kenyang. Lupa baca doa kot. Then tengok AJL25, semua grand habis ah tapi tetiba

Juara AJL25 bukan fav aku. Macam mana Ana Raffali boleh kalahkan YUNA?? And penyanyi lain yang jauh lebih hebatt bagaimana? Memang tak puas hati betul dengan juri.

Second day, drive kereta. Alhmadulillah berjalan lancar. Satu benda ja, aku pulas stereng sampai tangan berkilas. Ha ha. Yang tu kena la ubah. InsyaAllah lepas ni boleh kot. Selamat la dapat sesi first, sampai pukul 4 ja. Sekali dengan mamat ni, hensem betul. Muka jepun gila. Aku ingatkan chinese. Bila cikgu panggil Adam Aliff ka Aliff Adam tah, dia bangun. Aik, Melayu? Islam? Ada chance! :p

Ada lak 2 mamat ni. Otai gila. Tapi I LOIKE. Muka boleh-tak-boleh tahan. Kurang belajar. Waktu rehat diorang keluar sampai tamat sesi teori. Waktu nak cop jari baru masuk. Masa demo diorang blah pergi kantin. Maybe dah terror sangat kot. Tengok2 balik memang dah boleh drive pun. Tapi, respect lah cikgu sikit okayy.

Masa nak balik sembang dengan Afifi and budak sorang tadi. Lupa dah nama dia. Start dengan F kot. Sembang macam2 sampai masuk bab AJL. Yang aku perasan si F ni bukan budak yang memaki sukahati. Nak sebut B-A-B-star pun dia slowkan volume dulu. Then abah mai ambik. Abah suruh ajak Afifi balik sekali, tapi dia tak mau. Katanya nak tunggu kawan dia. Fuhh selamat. Segan aku. 


No comments: