Friday, January 7

back to school!


Aku dah masuk sekolah balik la weh. Tapi lagi awal dari budak2 sekolah lain. Seminggu sebelum New Year lak tu. 25th December 2010. Hohoho Merry Christmas!

Proudly Present.......................

Haa nilah kad matriks sekolah baru aku. Sekolah memandu! Hehe. So status baru : currently studying at Pusat Memandu Pendang (PMP) SDN BHD. Alhamdulillah budak-budak sekelas tak sombong and murah senyuman. Got to know a few friends there. Tu pun sebab takda tempat dah nak duduk so aku tebalkan kulit muka pergi duduk dengan 2 budak pompuan nih. Baik betul diorang ni tauu! Sorang sekolah Tanah Merah and sorang lagi Maktab Mahmud Pendang. Ehem2, budak2 tudung labuh dua2 ni. Segan aku.

Andd...kat situ aku tertarik dengan someone. Wahaha tragik betul. Pepatah ke apatah ada mengatakan "Dari mata turun ke hati" tapi selamatlah kali ni dari mata tapi turun tak sampai ke hati. Mata liar macam ni wuu, sapa yang tak perasan?Lebih kurang macam gambar ni la rupa dia..


comel betullah! rasa macam nak tarik tarik je rambut dia and cabut kornea mata dia letak kat mata akuhttp://www.emocutez.com

Tadi aku ambik Driving Test [Computer] Otw pergi tu perghhh sejam jugak la perjalanan dia sebab kena tunggu Pak Umar (agen yang uruskan driving license aku) kutip semua budak lain. Semua yang pi tu area aku ja tapi sorang pun aku tak kenal. GuGu. Bukan salah aku. Sambung cerita, otw pi tuu kann,, ada la sorang budak ni, lelaki of coz, sebaya aku, boleh pulak bersyarah kat budak form 4 sorang ni kat dalam van. MasyaAllah. Dari subjek BM sampai la BI, PI, Sej, Math pluss Physics, Chem, Bio and tak lupa AddMath. Memang la bagus nak nasihat budak tu tapi fikir2 la keadaan sekeliling. Geli telinga aku dengar dia membebel macam pensyarah tak bertauliah. 

Cukupcukup lah mengutuk kan. Tapi tak habes lagi. Kejap lagi ada lagi aku nak cakap pasal mamat muka bangga ni. After siap buat test tu aku keluar la. Rasa macam lama ja aku buat tu, dahla tak check dah. Terkebil-kebil mata aku tengok skrin sebab tak bawak spek. Tak sangka lak aku orang first siap [bangga nih haha] Tunggu result di print. Sembang la dengan budak pompuan sorang ni. Manis betul muka dia tapi pendiam. Selang 5-10 minit lepas tu mamat tadi keluar. Dia tunggu kakak tu print result. Muka dia BANGGA gila macam BANGLA pun ada aku tengok naik meluat. Tau la pass tapi tak payah buat muka macam tu bole? Bila ditanya berapa, jawapan dia cukup2 makan. Oh 42/50 la ek?Tahniah lahh.

Keluar pulak lagi sorang mamat comel yang kasihan ni. Rumah mamat ni satu kampung dengan aku tapi muka dia pun aku baru tengok 2 kali termasuk hari tu dia satu kelas dengan aku jugak. Muka frust. Kesian dia, FAIL. Dengar2 dia dapat berbelas-belas. Erkk, salah dengar kot? HAFIZ YUSOF pulak hebat gila dapat 49. Kalah aku. wuwuuu.

Result aku tak lah sebaik dan sehebat mana tapi ALHAMDULILLAH lulus

Ujian computer JPJ:
Seksyen A: 12/15
Seksyen B: 25/25
Seksyen C: 9/10
Jumlah: 46/50
Jangkamasa ujian: 13 minit 39 saat.


Wassalam..


No comments: