Friday, December 24

TakNak


Say TAKNAK rokok!

Aku tak suka perokok.
Aku sure kau pun tak sukakan perokok kecualilah kalau kau sendiri pun merokok. So, marilah sama2 kita anti-rokok. Jangan lak anti-perokok. Cuma bila diorang merokok tu, kita lari la.
 Kalau orang merokok kat depan ke belakang ke kanan ke kiri ke pendek kata dekat2 kita la, apa kita nak buat ek nak bagi orang tu stop?
Kalau aku, first skali aku akan tutup hidung. Then buat bunyi tak selesa, bak kata mak aku "uh-ah-uh-ah" sebab bau asap rokok tu. Kalau orang tu tak lari or stop smoking atau memang tak sedaq kot, cakap kat dia "maaflah encik/cik, saya ada asthma."Tipu sunat tak pa kot nowh? Takpun kalau nak senang, blah ja dari situ sambil jeling2 orang tu. Tapi nanti dia fikir apa plak kan. Yang paling best skali kalau semua pakat2 buat macam video ni. TERBAIK punyalah wa cakap lu.


Aku buat post pasal rokok ni bukan sebab apa, sebab satu-satunya abang aku gak. Sebelum ni tak penah lak  nampak dia merokok, tuptup bila balik cuti after raya hari tu aku nampak dia pegang batang rokok. Maunya tak hot. Waktu tu dia ambik aku dari library naik moto, aku cakap kalau dia tak stop la la tu (sekarang) gak, aku tak mau naik moto. Seram gak kalau dia tinggal ja aku kat situ. Tapi selamat la dia baik waktu tu. Rokok   yang baru tak sampai suku dia hisap tu, dia buang kat tepi tu. Yang geramnya, sempat lagi dia tolak kepala aku waktu pakai helmet. Kurang asam punya abang! Aku pun lebih kurang ja. Ngeh3~ Setiap kali nampak dia pegang rokok, aku tolak kepala dia. Hoho Merry Christmas! bukan nak kurang ajar, cuma nak mengajar. Aku tak mau mati cepat sebab rokok. Sebab tu la aku buat macam tu, nak menyelamatkan nyawa la konon. Haha.

Bila tanya budak-budak laki yang merokok, "Awat hang merokok?" selalunya depa jawab "Baru jantan beb!" 
Kepalahotakhangjantan, habeh jantan semua kena merokok arr? Aku cukup pantang dengaq jawapan tu. 
Apa kena mengena jantan dengan rokok ?

Kalau hebat sangat, try macam ni :-


1 comment:

....hey ain,,,, said...

i loike! hahaha.. sokong2...(: