Monday, September 6

salam ramadhan

Salam Ramadhan al-Mubarak

Ramadhan kali ni cukup bermakna bagi hamba Allah ini. Banyak yang aku pelajari tahun ni. Aku cuba berubah sedikit demi sedikit dari satu ke satu masa. Mungkin bukan semua benda dapat diubah tapi sekurang-kurangnya perubahan dapat dilakukan. Aku belajar untuk menghargai masa pada bulan yang penuh dengan rahmat Allah kali ni. Bila balik rumah, baru aku sedar yang komuniti di luar dan dalam maktab is totally different. Aku jadi pemerhati sementara, aku observe orang dalam masyarakatku. Syukur sangat sebab aku dihantar ke MRSM Taiping. InsyaAllah banyak benda yang aku belajar dari sana dan aku cuba manfaatkannya kat rumah. 
Seriously, aku rindu bunyi speaker waktu subuh kat wing aku. Bunyi suara Aziz melaungkan azan . Bunyi nasyid2 yang dipasang sebab nak kejutkan orang untuk pergi solat subuh kat surau.Pelikkan? Aku rasa selamat begitu. Sekurang-kurangnya aku takkan terlepas subuh kalau macam tu. 

Berkenaan Lailatul Qadr, aku mungkin dah terlepas. Rugi sangat. Lagipun, aku terpaksa tinggal beberapa malam. Tapi Alhamdulillah, tahun ni berbeza dengan tahun-tahun yang lain. Tinggal lagi 5 juzuk untuk aku khatam al_quran. Solat terawih pun kurang dari 10 kali tak pergi. Walaupun tak cukup bagus, tapi tahun ni agak baik kalau dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ni. 


Ramadhan cukup menarik! Jangan lepaskan peluang! 

No comments: