Sunday, April 18

cuti sebentar



sudah lama tak mengupdatekan blog nih. actually banyak sangat cerita yang terpendam dalam hati nih. kalau hati boleh taip,kan best? hmm, nak start dengan apa ya? oh ya, tadi pergi lepak dekat PPAK (library la ngok) atau sinonimnya study [konon2]. tak plan pon nak pegi tapi my little bro lah yang nak sangat pergi. ajak punya ajak, fine aku pegi ja la. besides kalau stay kat rumah pun, bukan buat apa. nak study lagi la hampeh. asyik berkepit dengan laptop ja. sampai sana, aku duduk kat bawah dengan nabil. duduk sekejap, rasa macam tak kena. yalah, duduk di kerusi dan meja untuk budak 6 tahun. then, aku naik atas. ehh, macam kenal mamat sorang nih. rozaidi rupanya. dengan tidak semena-menanya aku jalan straight sampai hujung. cari tempat sejauh mungkin. lepas duduk membelakangkan dia, aku baru terfikir " hari jumaat lepas, akifrezal balik sekali dengan dia. so, mesti dia pun... " aku pusing belakang. OMG! bukan setakat akifrezal, budak kelas 10 pun ada sekali. halamakk! mati la aku. fikir-fikir balik, buat bodoh saja lah maybe diorang tak perasan aku kott. waktu lunch, aku turun bawak nabil pergi mcd. terserempak pian. aku sengih macam kerang busuk sebab cuak. stylo jugak pian ni ek. patut lah liyana asyik cerita pasal dia. terlalu lapar punya pasal, terpaksa la aku belikan nabil mcflurry dulu. then baru family aku sampai. makan makan sampai kenyang. mak bawak aku pergi beli baju kurung sebab baju kurung aku untuk pergi prep ada 6 pasang ja, aku baru sedar haritu. beli 2 pasang, murah gila baju first lady. tak habes RM50 yang abah kasi. then abah pegi beli kasut, aku mintak nak pegi library balik. balik ke library, aku mula lah acara pembacaan buku [konon] selak buku, ada nota. hmm, nota cinta kah? haha. aku macam nak gelak bagi satu library dengar ja masa tu. ada orang letak note " col sy? " dan dinyatakan lah nombor handphone nya yang tak laku itu : 012506529# nah amik lah, free of charge =) apa punya orang lah. ingat zaman kuno kah? haha pelik pelik. aku tak tau siapa empunya note tu, tapi adala syakwasangka kat sorang mamat unknown ni. aku letakkan note tu kat tepi meja. kalau ikutkan, nak koyak ja tapi kan kita tak boleh buang sampah kat tempat awam. tup tup ada figure yang macam kenal saja. orangnya tinggi, kulit putih, berkaca mata, pakaian pun segak [not bad]. usha la kejap, mir aqeel lah si pasangan gay haziq hussaini. hoho. secara involuntary nya mulut aku terpanggil "mir!" ops, dia dengarlah weh. cuak. aku buat buat tak tau. setelah beberapa ketika, haziq datang dengan mengejutnya dan bertanya " ada kamera tak? " aku tunjukkan fon aku, dia terus ambik dan pergi kat tepi tingkap. taktau lah apa yang dia nak snap. dan datang semula kat aku dengan muka hampa sebab tak reti guna kamera fon tuh. haziq--haziq. haih. masa keluar depan gate library, ternampak akifrezal nak masuk dalam kereta. seraya mulut aku memanggil " akif! akif! " dia berpaling " ehh, apple! " lalu senyum. aku pun senyum lah. kawan kawannya dalam keta semua pusing tengok aku. adess, aku nak tegur akif ja tadi. taksangka yang lain pun ada. dengan niat nak sembunyikan muka, aku pusing belakang lalu ternampak dua tiga orang girls usha aku. aku agak diorang tengah usha akif beserta speknya yang menarik tadi. lepas menyeberang jalan, aku tengok kereta tadi. fuh, mujur akif yang duduk bahagian tepi. aku lambai tangan dan akif pun lambai jugak sambil tersengih menampakkan braces pinknya.


info gambars :
1. diambil lepas balik tadi
2. nabil di mcD
3. nota atas buku history
4. akifrezal aku nabilfikri [last year punya]

aku pun tak tau kenapa aku skema sangat nih. mybe tengah buat latihan bahasa sebab esoklusa exam kot.

No comments: